Kerajaan jamin makanan mencukupi jika berlaku bencana, perang - Utusan Malaysia

Kerajaan jamin makanan mencukupi jika berlaku bencana, perang

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan sekuriti makanan kekal cukup dan stabil jika berlaku sebarang kecemasan dan bencana termasuk peperangan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPTM komited dalam memastikan bekalan sumber makanan terjamin dan simpanan cukup kekal stabil.

“Sehingga Oktober 2024, jumlah keseluruhan stok beras 1.1 juta metrik mencukupi untuk 5.6 bulan.

“Selain itu, KPKM giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan ketersediaan dan kecukupan makanan khusus untuk komuniti terpilih.

“Industri tenusu berada di tahap yang amat lega iaitu berada di pada tahap 60 peratus, Jika berlaku sebarang kecemasan ia tidak begitu sukar untuk memenuhi kehendak pengguna.

“Insya-Allah kita memberi jaminan apabila berlaku kecemasan, makanan akan sentiasa ada kerana hubungan dengan negara-negara pembekal sentiasa baik dan memenuhi kehendak apabila kita memerlukan,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) yang menyatakan menyatakan rancangan segera Kementerian dalam memastikan bekalan sumber makanan negara terjamin dan mempunyai simpanan yang cukup jika berlaku bencana atau peperangan mengambil kira faktor ketegangan di Laut China Selatan dan keadaan iklim dunia yang tidak menentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya