Kerajaan cari jalan selesaikan masalah tebatan banjir Kelantan

Kerajaan cari jalan selesaikan masalah tebatan banjir Kelantan

FADILLAH Yusof semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di Hospital Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berkaitan projek tebatan banjir di negeri ini yang dalam fasa pembinaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha itu bagi memastikan pelaksanaan projek itu mengikut jadual sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini.

Menurutnya, beliau akan turun sekali lagi ke Kelantan selepas ini untuk mencari jalan penyelesaian kepada projek berkenaan.

“Kelantan sering berdepan masalah banjir semasa musim tengkujuh. Salah satu fokus kerajaan di Kelantan adalah projek tebatan banjir yang ketika ini mempunyai masalah.

“Kerajaan ketika ini mahu menyelesaikan masalah melibatkan kontraktor dalam projek tersebut katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di Hospital Bachok di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, satu lagi projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Fasa 2b akan bermula bulan depan.

Katanya, beliau berharap projek tersebut dapat disiapkan dengan segera.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya