Kenyataan Shamsul Iskandar tidak wajar - PKR - Utusan Malaysia

Kenyataan Shamsul Iskandar tidak wajar – PKR

Kerajaan jatuh
SHAMSUL Iskandar Md. Akin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PKR menganggap kenyataan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin berhubung keputusan Parlimen Bagan Datuk ketika dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai tidak wajar.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, pembentukan kerajaan Perpaduan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.

“Mandat kerajaan perpaduan merupakan titah YDPA (Yang di-Pertuan Agong) ketika itu dan tidak wajarlah sesiapa pun membawa naratif masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di Facebook PKR hari ini.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beliau untuk tidak membuat kiraan semula walaupun terdapat kira-kira 800 undi rosak supaya kerajaan dapat dibentuk melalui kerjasama dengan UMNO yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu siaran podcast dan mendakwa diarah tidak mencabar keputusan PRU15 di Parlimen Bagan Datuk yang menyaksikan beliau tewas kepada Ahmad Zahid dengan majoriti tipis.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta Shamsul Iskandar menghormati proses demokrasi dan berjiwa besar menerima keputusan pilihan raya.

Justeru, Azalina meminta Shamsul Iskandar memberi tumpuan kepada kestabilan politik dan tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

Ketika PRU15, Shamsul Iskandar kalah tipis kepada Ahmad Zahid dengan 348 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di situ ialah Dr Faiz Na’aman yang mewakili PN dan calon Bebas, Tawfik Ismail dengan masing-masing memperoleh 8,822 undi dan 226 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya