Kementerian Pertahanan tidak akan langkau keputusan UNIFIL

Kementerian Pertahanan tidak akan langkau keputusan UNIFIL

ADLY Zahari ditemui selepas menghadiri Program Santuni Madani di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Pertahanan tidak akan membuat sebarang keputusan yang melangkaui Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) untuk membawa pulang Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 keluar dari Lubnan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Malbatt akan terus ditempatkan di kawasan berkenaan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada UNIFIL.

Menurutnya, sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama walaupun ketika ini keadaan menjadi tegang disebabkan provokasi Israel, kerana kehadiran Malbatt di Lubnan sebagai Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Seperti mana yang kita tahu bahawa kita hadir di Lubnan atas kerjasama dengan PBB dan apa pun kedudukan kita buat masa ini ia terus kekal di sana. Keputusan kita akan bergantung juga dengan keputusan kerjasama kita dengan UNIFIL, jadi buat masa ini semua anggota kita selamat di kubu kerana diarahkan tidak membuat rondaan.

“Walaupun anggota kita masih kekal di Lubnan Selatan, ada sedikit pembaharuan daripada segi tugas namun yang pasti mereka semua selamat. Setiap hari kita akan berhubung dengan Malbatt untuk mendapat laporan terkini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Santuni Madani di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Malbatt 850-11 yang berpangkalan di Tibnin dan Marakah dilaporkan selamat selepas serangan rejim Zionis ke atas ibu pejabat UNIFIL di Naquora.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan melalui udara dan pencerobohan melalui darat yang berterusan di Lubnan.

Tambah Adly, pihaknya memberi jaminan meletakkan soal keselamatan pegawai dan anggota Malbatt sebagai keutamaan, walaupun mereka kekal bertugas di Lubnan.

“Anggota Malbatt terus kekal berada di kubu, hanya menunggu arahan dari masa ke semasa yang diputuskan oleh UNIFIL,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya