Keluarga bersyukur beruang serang Muhamad Zaki ditangkap - Utusan Malaysia

Keluarga bersyukur beruang serang Muhamad Zaki ditangkap

BERUANG Matahari Jantan yang dipercayai menyerang Muhamad Zaki Che Mohamed ditangkap di Kampung Jerek, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli keluarga kepada Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, yang maut diserang beruang matahari bersyukur selepas haiwan liar itu ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Abang mangsa, Muhamad Zainal Che Mohamed, 35, berkata, sejak kejadian itu dia dan keluarga sentiasa berdoa supaya beruang berkenaan tidak menyerang penduduk lain serta berpindah jauh dari kawasan kampung.

“Kami percaya ini adalah beruang sama yang menyerang adik saya sehingga mati.

“Kejayaan penangkapan haiwan tersebut merupakan khabar yang dinanti-nantikan keluarga dan penduduk kampung kerana tragedi itu membuatkan mereka takut untuk ke kebun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhamad Zainal memberitahu, dia menerima makluman berkaitan tangkapan beruang itu pukul 9.45 pagi semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seekor beruang matahari yang dipercayai ‘meragut’ nyawa seorang buruh bulan lalu akhirnya masuk perangkap dipasang di Kampung Dalam Seduk di sini oleh Perhilitan semalam.

Beruang yang diburu sejak 9 September lalu itu masuk perangkap dipasang di kawasan kebun yang dipercayai menjadi lokasi mangsa diserang kira-kira pukul 8 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya