Kelantan pertimbang agensi kerajaan ambil alih premis sewaan GISBH

Kelantan pertimbang agensi kerajaan ambil alih premis sewaan GISBH

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan menegaskan pihaknya akan memperlahusi beberapa perkara penting sebelum agensi dibawah kerajaan negeri mempertimbangkan sama ada mahu membeli tanah dan premis yang pernah disewa oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. Holding (GISBH).

Beliau berkata, kerajaan negeri bimbang berdepan tuduhan mengambil kesempatan daripada kontroversi menyelubungi GISBH.

“Sebab kerajaan negeri tidak boleh membeli hartanah berkenaan secara terus tetapi kalau agensi kerajaan negeri mungkin boleh melaksanakannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pemilik hartanah terbabit memutuskan untuk menjual tanah serta premis yang pernah disewa oleh GISBH untuk dijadikan hotel itu pada harga RM3.8 juta.

Pemilik yang hanya ingin dikenali sebagai Wan Kamil memberitahu beliau menyewakan hartanah tersebut di penghujung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik Covid-19.

Katanya, keputusan menjual hartanah itu dibuat selepas perbincangan dengan keluarganya serta kontroversi menyelubungi GISBH sejak kebelakangan ini dan beliau tidak mahu mempunyai sebarang perkaitan dengan kumpulan terbabit.

Mohamed Fadzli memberitahu, beliau berharap rakyat termasuk di Kelantan mengambil sikap ‘jangan menghukum sebelum diadili’ apabila membicarakan isu GISBH dan memberikan ruang seluas-luasnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Kalau benar-benar (GISBH) didapati bersalah dari sudut agama dan perundangan negara, kita minta agar diambil tindakan yang sepatutnya. Saya juga difahamkan sudah banyak premis milik kumpulan itu telah ditutup.

“Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) juga telah menyatakan bahawa kita sudah ada satu fatwa yang jelas mengatakan ajaran Al-Arqam sebagai sesat. Sekiranya terbukti GISBH mewarisi ajaran Al-Arqam, maka cukup dengan fatwa itu dan tidak perlu lagi fatwa baharu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya