Kelantan harap Belanjawan 2025 utama keperluan rakyat

Kelantan harap Belanjawan 2025 utama keperluan rakyat

MOHAMED Fadzli Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini akan mengutamakan keperluan rakyat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, masalah ekonomi yang membebani rakyat ketika ini perlu diberikan perhatian secara serius oleh kerajaan.

“Perkara paling penting perlu dilihat oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025 adalah masalah kesempitan hidup rakyat dalam sudut ekonomi dengan kenaikan harga barangan disebabkan kenaikan (penyasaran) harga diesel dan sebagainya.

“Malah sebelum itu (kenaikan harga diesel) pun rakyat sudah terasa kesusahan dan kesempitan hidup,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu juga berharap penyediaan Belanjawan 2025 dibuat berlandaskan semangat federalisme dengan menjaga hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Katanya, berlandaskan semangat itu jugalah kerajaan negeri sentiasa memberi sambutan baik dan mengalu-alukan kunjungan Perdana Menteri ke Kelantan.

“Ia merupakan perkembangan baik dalam menjaga hubungan. Soal politik adalah soal lain dan dalam konteks kita di negeri ini, apabila sudah menjadi kerajaan maka semua rakyat adalah rakyat Kelantan tanpa mengira parti politik.

“Begitu juga di peringkat persekutuan yang mana kerajan pusat harus melihat semua kerajaan sebagai kerajaan negeri tanpa mengira perbezaan politik. Jadi apa yang sepatutnya menjadi hak negeri harus diberikan,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Menerusi hantaran terbarunya di media sosial, Anwar berkata beliau meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga sambil turut memberikan pandangan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya