Kelantan dahului kerja-kerja pembinaan jajaran ECRL di Terengganu, Pahang

Kelantan dahului kerja-kerja pembinaan jajaran ECRL di Terengganu, Pahang

NIK Soh Yaacoub menunjukkan perjalanan kerja-kerja pembinaan jajaran ERCL di Kelantan semasa sidang media di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini telah mendahului kerja-kerja di Terengganu dan Pahang apabila sudah mencapai tahap 83.27 peratus sehingga September lalu.

Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Ir Nik Soh Yaacoub berkata, kejayaan positif itu dibantu oleh kerjasama erat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekali gus menyaksikan ia mendahului jadual asal.

Menurutnya, bagaimanapun pembinaan Stesen Cherang Tuli, Pasir Puteh mengalami sedikit kelewatan akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakan.

“Secara keseluruhan projek ini berada di landasan tepat dan mampu disiapkan mengiku jadual asal sebagaimana yang telah ditetapkan.

“Bila siap nanti ia akan memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini selain kemudahan pengangkutan yang lebih efisen,” katanya kepada pemberita semasa sidang media semasa mengadakan Lawatan Teknikal Bagi Projek Jajaran ECRL di Tunjong di sini hari ini.

Nik Soh memberitahu, pembinaan ERCL Kelantan melibatkan jarak sepanjang 43.86 kilometer dengan dua stesen iaitu di Kota Bharu dan Cherang Tuli, Pasir Puteh.

Katanya, stesen Cherang Tuli melibatkan penumpang dan kargo manakala Kota Bharu penumpang sahaja.

“Laluan ini melibatkan empat jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang.

“Untuk Monsun Timur Laut (MTL) kerja-kerja akan berjalan seperti biasa dan kesemua pekerja sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut,” ujarnya.

Projek ECRL sepanjang 665 km dijadualkan siap dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada Disember 2026.

ERCL akan mula beroperasi secara pada Januari 2027. 

Penyiapan sepenuhnya yang melibatkan sambungan rel dari Gombak ke Port Klang dijangka siap setahun kemudian pada Disember 2027.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya