GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan lebih 700,000 orang terpaksa berpindah di Haiti, dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak, ekoran keganasan berkumpulan di negara itu. Haiti antara negara termiskin di dunia yang terjerumus ke dalam anarki, di mana kumpulan samseng mengambil alih Port-au-Prince, menyebabkan sistem keselamatan dan kesihatan berada dalam keadaan kritikal. Agensi Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi PBB (IOM) melaporkan, sekitar 702,973 orang dipindahkan di negara Caribbean itu menjelang awal bulan lalu. “Angka terbaharu ini menunjukkan peningkatan 22 peratus dalam jumlah mereka yang dipindahkan secara dalaman sejak Jun, menonjolkan situasi kemanusiaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya