Kebun sawit di Bukit Pelandok jadi lokasi buangan sisa bahan kimia

Kebun sawit di Bukit Pelandok jadi lokasi buangan sisa bahan kimia

TONG dan tangki IBC yang mengandungi bahan kimia dipercayai sisa cat dan minyak ditemukan dibuang di Bukit Pelandok, Port Dickson baru-baru ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Penduduk di Kampung Bukit Pelandok di sini kesal apabila kawasan tersebut dijadi lokasi pembuangan sisa bahan kimia.

Baru-baru ini sejumlah 100 tong 210 liter dan 50 tangki intermediate bulk container (IBC) berkapasiti 1,000 liter yang mengandungi sisia kimia dipercayai cat dan minyak dibuang di kawasan itu.

Ketua Kampung Bukit Pelan­dok, Teng Mee Chong, 49, berkata, pelaku dipercayai menjalankan kegiatan membuang sisa tersebut pada waktu malam.

“Walaupun terpaksa masuk jauh tiga kilometer ke kebun kelapa sawit, orang yang tidak bertanggungjawab sanggup untuk membuang sisa kimia ini.

“Kesudahannya ramai pekebun yang kini terpaksa menanggung bau busuk ketika masuk ke kawasan ini.

“Ini kejadian kali kedua sisa kimia dibuang di sini tetapi kali ini mereka lebih berani apabila membuang sisa kimia dalam jumlah yang lebih banyak,” katanya semasa tinjauan ke lokasi kejadian bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye, di sini semalam.

Tinjauan itu turut disertai Penolong Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Azri Muzani Azizun.

Menurut Boon Lye, semua bahan kimia itu ditemukan pemilik kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.

“Saya kesal kerana ia dibuang di lokasi ladang sawit penduduk, masuk ke dalam saliran yang seterusnya akan mengalir ke sungai berhampiran.

“Tinjauan dapat lihat ada pokok yang terkena cairan itu mati dan seekor kura-kura juga mati. Bau busuk juga boleh dihidu dalam jarak 100 meter.

“Buat masa ini, saya masih menunggu laporan kimia daripada JAS dan jika terbukti ia bahan terlarang atau toksik berbahaya tindakan susulan akan diambil,” katanya lagi.

Kata Boon Lye, ia kali kedua kejadian serupa di kawasan Chuah dan berharap ‘penjenayah’ yang melakukannya akan dapat ditangkap.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan memaklumkan, persampelan kandungan dibuat JAS Negeri Sembilan dan akan dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

Katanya, laporan polis juga telah dibuat bagi tujuan pemberitahuan dan pemantauan yang lebih tepat oleh pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya