KDN lupus 5.8 tan alat mainan seks bernilai RM1.3 juta

KDN lupus 5.8 tan alat mainan seks bernilai RM1.3 juta

NIK Yusaimi Yussof (kiri) menunjukkan sebahagian alat mainan seks yang dilupuskan pada pada sidang akhbar Pelupusan Ekshibit di Bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, di Rasah, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melupuskan sebanyak 5.8 tan atau bersamaan 27,035 unit alat mainan seks hasil rampasan yang terkumpul dengan anggaran nilai sebanyak RM1.3 juta.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, kesemua rampasan tersebut dibuat di tiga buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 

Menurutnya, kaedah pelupusan yang dilaksanakan adalah mengikut Garis Panduan Pengurusan Pelupusan Barang Kes/Tahan/Eksibit oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN

“Kebanyakan barang-barang ini (alat mainan seks) adalah buatan China, sebahagian dari Thailand dan negara-negara Asia yang mengeluarkannya. Ada yang dirampas di premis jualan dan ada juga di stor simpanan di rumah, stor komersial dan ada juga dijumpai di gudang besar.

“Dirampas ni, ada dibeli sekitar harga RM50 berbentuk penis dan paling mahal setakat kita rampas RM800 menyerupai manusia. Alat mainan seks yang dirampas ini antaranya dildo, alat kemaluan wanita dan pelbagai bentuk vibrator. 

“Bahan-bahan terdiri daripada silikon dan ada juga berbentuk elektronik, plastik, logam, bateri yang hari ini semuanya dimusnahkan secara keseluruhan sehingga tidak ada rupa (asal),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang akhbar Pelupusan Ekshibit di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, di Rasah, di sini, hari ini.

Menurutnya, alat mainan seks yang dilupuskan pada hari ini telah diputuskan melalui perintah mahkamah untuk dilucuthak dan dilupuskan di bawah Seksyen 19(1) AMCP 1984 serta merupakan sebahagian daripada rampasan penguatkuasa manakala terdapat sebilangan lagi yang masih dalam proses tindakan di mahkamah.

Dalam pada itu, Nik Yusaimi berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan di seluruh negara dalam usaha membanteras aktiviti penerbitan tidak diingini yang mana tindakan diambil di bawah AMCP 1984 kerana memudaratkan moral dan berlawanan dengan sosiobudaya masyarakat di negara ini.

Beliau turut berkata, pihak KDN turut mendapat kerjasama operator platform e-dagang yang akan menapis sebarang kemasukan bagi tujuan iklan jualan alat mainan seks di platform itu.

“Tindakan pelupusan yang diadakan hari ini juga penting bagi memaklum kepada masyarakat tentang kesalahan melibatkan alat mainan seks, ketelusan dan ketegasan penguatkuasaan yang dijalankan dalam membendung lambakan penerbitan tidak bermoral seperti alat permainan seks ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya