Kawanan gajah liar rosakkan sebuah rumah penduduk Orang Asli di Pos Betau, Lipis - Utusan Malaysia

Kawanan gajah liar rosakkan sebuah rumah penduduk Orang Asli di Pos Betau, Lipis

DINDING rumah Husin Bah Nap pecah akibat dirosakkan kawanan gajah liar di Kampung Tew Kenrok, Pos Berani di Lipis, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang penduduk Orang Asli menanggung kerugian hampir RM30,000 apabila rumahnya dirosakkan kawanan gajah liar di Kampung Tew Kenrok, Pos Betau di sini awal pagi hari ini.

Penduduk terbabit, Husin Bah Nap, 45, berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi itu, kawanan gajah liar menceroboh ke kawasan halaman rumah dan merobohkan dinding dua buah bilik kediaman tersebut yang baharu sahaja siap dibina tahun ini.

“Mujur ketika kejadian, saya dan isteri tiada di rumah kerana ada urusan penting di Pos Betau dan apabila kembali pada sebelah pagi, dinding pecah dan barang dalam rumah berselerak.

“Rakan saya memberitahu kejadian ini kemungkinan berlaku antara pukul 2 pagi hingga 5 pagi apabila kawanan gajah liar berkenaan pada mulanya mencari makanan di kawasan berdekatan rumah seperti mematahkan beberapa batang pokok pisang,” katanya di Pos Betau di sini.

Menurut Husin, pada mulanya dia bercadang hendak pulang pada waktu malam semalam ketika selesai berurusan, tetapi menukar fikiran bermalam di Pos Betau.

“Apabila tiba di halaman rumah, saya dan isteri terkejut melihat batu pasir bersepah atas tanah, manakala dinding dua bilik roboh akibat ditolak oleh gajah liar berkenaan.

“Kemungkinan gajah liar ini masuk ke dalam rumah kerana banyak kerosakan harta benda seperti peralatan elektrik, motosikal, perabot, pakaian dan barang-barang makanan yang disimpan di bilik,” katanya.

Menurutnya, rakannya ternampak beberapa ekor gajah liar ‘berehat’ di hadapan kediaman yang dirosakkan pada sebelah pagi sebelum beredar semula ke hutan.

“Mujurlah saya dan isteri tidak pulang ke rumah malam semalam. Sekiranya kami berada di rumah sudah tentu berlaku kejadian yang tidak diingini khususnya ancaman keselamatan,” katanya.

Tambahnya, dia terpaksa berpindah ke tempat lain buat sementara untuk mengelakkan ancaman berulang serta mengambil masa lama bagi membina semula kediamannya akibat kekurangan modal membeli peralatan binaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN