Kastam nafi ‘payung’ sindiket penyeludupan kereta mewah di Sarawak - Utusan Malaysia

Kastam nafi ‘payung’ sindiket penyeludupan kereta mewah di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan mengenai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi layanan istimewa dan ‘memayungi’ sindiket penyeludupan kereta mewah di Sarawak adalah tidak bertanggungjawab.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan dan Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, tuduhan itu dilemparkan sebuah halaman dalam media sosial yang mendakwa sindiket terbabit menerima layanan istimewa sebelum dilepaskan begitu sahaja.

Sehubungan itu, kata beliau, JKDM ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sebagai makluman, Bahagian XII Akta Kastam 1967 menjamin hak untuk pegawai yang ditempatkan di Bahagian Penguatkuasaan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

“Ini termasuk aktiviti penguatkuasaan di peringkat negeri, dimana ia adalah di bawah bidang kuasa negeri yang diterajui oleh Pengarah Kastam Negeri masing-masing,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hantaran tular berkenaan membabitkan kenderaan yang disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 di mana pemilik kereta terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan.

Kata beliau, di bawah Akta Kastam 1967 pegawai JKDM mempunyai kuasa menyita barangan sekiranya terdapat keraguan atau sebab yang munasabah.

“Pegawai kastam diberi kuasa yang komprehensif di bawah Seksyen 106B dan 106C Akta Kastam 1967 untuk menjalankan pemeriksaan, siasatan dan penguatkuasaan.

“Keputusan untuk meneruskan sesuatu tindakan sama ada pendakwaan atau melepaskan kenderaan kenderaan terbabit tertakluk kepada kuasa Pendakwa Raya di bawah Seksyen 379 Kanun Acara Jenayah,” jelasnya.

Ribuan berkata, sebarang tangkapan atau sitaan dalam kes yang tular berkenaan tiada campur tangan dari KPK sebaliknya di bawah bidang Bahagian Penguatkuasaan yang diterajui oleh Pengarah Kastam Negeri Sarawak.

“JKDM juga ingin menegaskan bahawa KPK tidak pernah campur tangan dalam urusan atau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dan penahanan kenderaan kenderaan berkenaan.

“Atas penafian ini, satu laporan polis sudah dibuat bagi menjaga nama baik dan imej KPK serta JKDM,”katanya.

Terdahulu, halaman terbabit memuat naik satu tangkap layar memaparkan perbualan dalam sebuah grup sembang bernama ‘Penguatkuasaan Kuching’ dengan arahan mengosongkan kawasan parkir berbumbung.

Hantaran itu disertai dengan kapsyen menuduh sindiket penyeludupan kereta mewah di Sarawak semakin berani dan mendakwa aktiviti jenayah mereka dipayungi Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya