Kapal tentera China berlabuh: Bukan isu besar tetapi sengaja

Kapal tentera China berlabuh: Bukan isu besar tetapi sengaja dipolitikkan

ADLY Zahari beramah mesra dengan seorang peniaga pada Program Santuni Madani di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Pertahanan kesal apabila kehadiran dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang baru-baru ini sengaja dipolitikkan, seolah-olah ia menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, isu sedemikian sepatutnya tidak timbul kerana kehadiran kapal berkenaan mendapat kebenaran Kementerian Luar.

Menurutnya, bukan sahaja China, malah Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan seluruh dunia kerana ia merupakan sebahagian daripada hubungan bilateral.

“Jadi kalau kita lihat macam di Pulau Pinang, kehadiran dua kapal berkenaan memang telah dimaklumkan serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Luar, barulah kapal-kapal ini boleh berlabuh.

“Dua minggu lalu kementerian ada menerima permohonan daripada Itali dan sebelum itu, kalau kita tengok Amerika Syarikat (AS) ada berlabuh dan ini adalah sebahagian daripada bilateral pertahanan kita.

“Ini memang menjadi tanggungjawab kita. Saya fikir ia bukanlah satu isu tetapi kerana dimainkan sebagai isu, telah timbul pelbagai persepsi dan saya fikir ini bukan menjadi isu besar kepada keselamatan negara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Santuni Madani di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, bukan sesuatu perkara yang menghairankan dan luar biasa susulan kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada apa-apa masalah untuk kapal angkatan tentera negara asing berlabuh di negara ini, lebih-lebih lagi jika Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan sesebuah negara itu seperti China.

Tambah Adly, hubungan antara negara cukup penting dalam menyelesaikan beberapa isu berbangkit berkaitan pertahanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya