KHARKIV: Bom berpandu Russia membedil sebuah blok pangsapuri bertingkat di Kharkiv semalam, membunuh seorang kanak-kanak dan mencederakan sekurang-kurangnya 29 yang lain.
Gabenor wilayah Kharkiv, Oleh Syniehubov berkata, kanak-kanak 11 tahun dikeluarkan dari bawah runtuhan dengan kecederaan serius di kepala dan patah tulang.
Terdahulu, beliau memaklumkan terdapat tiga mangsa terperangkap di bawah runtuhan.
Dalam aplikasi mesej Telegram, Syniehubov mendakwa serangan itu mencetuskan kebakaran dan memusnahkan sebahagian besar pintu masuk, menyebabkan lubang besar di bangunan tersebut.
Rakaman televisyen Reuters menunjukkan pasukan penyelamat melalui timbunan konkrit untuk membawa keluar mangsa cedera.
Kharkiv kekal di tangan Ukraine mellaui serangan awal yang gagal oleh tentera Russia di Kyiv, ketika permulaan pencerobohan pada Februari 2022.
Sejak itu, bandar tersebut sering menjadi sasaran serangan udara Russia.
Presiden Volodymyr Zelensky berkata, serangan itu menekankan keperluan untuk lebih banyak bantuan ketenteraan daripada sekutu Barat Ukraine.- REUTERS