'Kami rindu nak pulang rumah' - Utusan Malaysia

‘Kami rindu nak pulang rumah’

MOHAMAD Ibrahim menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Talang Bunut, Batu Pahat yang masih dilanda banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Selepas sembilan hari menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunut, dekat sini, 15  mangsa banjir mengakui rindu untuk segera pulang ke kediaman mereka. 

Namun, hasrat itu terpaksa dipendam apabila kediaman mereka masih tidak selamat untuk didiami kerana digenangi air setinggI paras lutut sejak banjir pada 6 Oktober lalu. 

Mohamad Ibrahim, 71, yang terpaksa berpindah bersama-sama isteri serta empat orang anak dan tujuh cucunya mengakui tempoh tinggal terlalu lama di PPS  menyebabkan mereka tidak selesa dan ingin pulang segera ke rumah.

Hujan yang sering melanda ketika ini amat membimbangkan apatah lagi setiap kali tinjauan dilakukan dia mendapati paras air belum menunjukkan tanda-tanda akan surut kerana jarak rumah dan Sungai Sembrong hanya kira-kira 50 meter.

“Kejadian banjir di Kampung Talang Bunut khususnya di kediaman kami sudah lumrah setiap kali hujan lebat dalam tempoh panjang dan tahun ini sahaja sudah dua kali berpindah ke PPS. 

“Setiap kali banjir, kami akan tinggal di PPS sekurang-kurangnya seminggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya yang menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali hari ini. 

Sementara itu, Samsolbari memberitahu pihaknya menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) akan mengusahakan bantuan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda kediaman keluarga itu pada masa akan datang.

Mengenai keluarga Faridah Jaslan, 65, yang tinggal bersama seorang anak berstatus orang kurang upaya (OKU) di Kampung Parit Nipah Laut, mereka akan mendapat bantuan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang akan dilaksanakan oleh GiatMara. 

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh pasukan penyelamat apabila melakukan kerja-kerja menyelamat dalam masa pantas dan berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya