Kakitangan KTMB jalani simulasi hadapi MTL

Kakitangan KTMB jalani simulasi hadapi MTL

MOHD. Zain  Mat Taha (kanan) bergambar bersama jaguh  angkat berat negara Datuk Malek Noor (dua kiri) pada Program KTMB Bersama Atlet Lejen dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Tumpat, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalani latihan simulasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah awal untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di negeri-negeri Pantai Timur.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Zain Mat Taha berkata, latihan itu melibatkan kakitangan seramai antara 10 hingga 15 orang di kawasan yang berisiko banjir dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.

Menurutnya, KTMB juga memastikan segala kelengkapan seperti bot dan sampan berada dalam keadaan baik di stesen KTMB Kuala Krai dekat sini.

“Kita  juga mempunyai jawatankuasa khas persiapan banjir untui komuniti di Kelantan dan Pahang.

“Bilik gerakan banjir di Wilayah Timur akan dibuka untuk menjalankan pemantauan sebaik sahaja kita menerima maklumat berhubung kejadian banjir di Pantai Timur,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program KTMB Bersama Atlet Lejen di Padang KTMB di sini hari ini.

Mohd. Zain memberitahu, jadual perjalanan tren KTMB akan berubah sekiranya berlaku banjir teruk dan setiap penumpang dimaklumkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Katanya, selain itu, KTMB turut membuat hebahan dalam media elektronik atau laman sosial untuk pengetahuan umum khususnya kawasan yang terjejas banjir.

“Sekiranya berlaku banjir di kawasan sekitar dan tidak melibatkan landasan, pengangkutan awam KTMB akan beroperasi seperti biasa dan pada masa sama rondaan akan dilakukan.

“Ada satu kes banjir di Pasir Mas den Tanah Merah pada tahun lepas, namun ia tidak serius,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya