Kakak terkilan tidak sempat bayar duit telefon bimbit mahu dibeli daripada arwah adik - Utusan Malaysia

Kakak terkilan tidak sempat bayar duit telefon bimbit mahu dibeli daripada arwah adik

MARIAM Najwa masih terkejut atas kehilangan adik bongsunya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HTAA, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kakak penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Jalan Pintasan Kuantan di sini tengah malam tadi terkilan tidak sempat membayar wang telefon bimbit yang mahu dibeli daripada arwah adiknya, Muhamad Nor Iman Mahadi, 20.

Mariam Najwa, 25, berkata, kaki terakhir dia dihubungi oleh adiknya itu adalah pada Ahad lalu sekitar pukul 3 petang.

“Dia (arwah Muhammad Nor Iman) ada tanya sama ada saya sudah gaji ke belum dan mahu jual telefon bimbitnya.

“Saya mahu membeli telefon bimbitnya dan sepatutnya hari ini saya memindahkan wang secara dalam talian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Kata Mariam lagi, belum sempat melakukan pindahan wang, dia menerima panggilan daripada abangnya pada pukul 1.30 petang memaklumkan adik maut kemalangan.

Dia turut meluahkan rasa sedih kerana tidak menyangka pesanan daripada arwah adiknya pada Ahad lalu adalah yang terakhir.

Tambahnya lagi, pertemuan terakhir mereka bersama adalah ketika adik bongsunya itu pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Kami lebih kepada mesej sahaja, tapi arwah selalu pulang ke Kota Bharu apabila cuti dan kerap bertanya khabar keluarga melalui panggilan telefon,” katanya memberitahu jenazah adiknya itu akan dikebumikan di kampung Jalan Atas Bonggol, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN