Jumlah mangsa banjir meningkat di Pahang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir meningkat di Pahang

Sebuah kereta hampir tenggelam apabila air Sungai Semantan naik mendadak di sebuah kampung di Mentakab, Temerloh. - FOTO/PENDUDUK MENTAKAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 1,662 orang mangsa banjir daripada 501 keluarga di kawasan Temerloh ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 7.54 pagi hari ini.

Keadaan itu menyebabkan sebuah lagi PPS dibuka iaitu PPS Tapak Pemindahan Kampung Gantok dengan menempatkan seramai enam orang mangsa daripada dua buah keluarga yang terjejas.

Portal Info Bencana Jabatan kebajikan Masyarakat melaporkan sehingga pukul 7.54 pagi hari ini, lapan lagi PPS dibuka menempatkan mangsa banjir kawasan Mentakab, iaitu dewan SMK Seri Semantan, Temerloh seramai 730 mangsa daripda 215 keluarga, PPS SK Desa Bakti seramai 566 orang mangsa (163 keluarga), SK Mentakab (Chatin) seramai 25 orang mangsa (11 keluarga) dan PPS Masjid Kampung Bongsu, Mentakab seramai 20 orang mangsa (5 keluarga).

Lapor portal tersebut, dua PPS masih menempatkan mangsa di kawasan Mentakab, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab seramai 126 orang mangsa (39 keluarga) SMK Bukit Cermin seramai 57 orang mangsa ( 18 keluarga) dan SK Bukit Cermin seramai 96 orang mangsa daripada 36 buah keluarga.

“PPS SK Lanchang yang dibuka sejak banjir melanda kawasan tersebut bermula 12 Oktober lalu masih menempatkan seramai 36 orang mangsa daripada 12 buah keluarga yang terjejas kali ini.

“Mangsa yang dipindahkan dan sehingga ini berada di sembilan PPS tersebut, iaitu seramai 664 orang lelaki, wanita (516 orang), kanak-kanak lelaki (211 orang), kanak-kanak perempuan (194 orang), manakala bayi lelaki (39 orang) dan bayi perempuan (38 orang),” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, portal Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh terus mencatat paras kenaikan 35.96 meter, iaitu paras amaran berbanding sebelum ini 33.5 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya