Jualan Madani bantu ringankan kos sara hidup - Utusan Malaysia

Jualan Madani bantu ringankan kos sara hidup

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, Program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) merupakan satu daripada usaha membantu meringankan beban penduduk setempat.

Kata beliau, program ini dilaksanakan dengan ‘short notice’ namun berjaya memberi impak besar kepada masyarakat dengan menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus menjadikan JMKU di Sungai Buloh sebagai yang termurah di seluruh negara.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kos sara hidup rakyat dan akan terus memastikan bantuan disampaikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

“Program sebegini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memastikan kestabilan harga barang keperluan dan membantu mengurangkan beban kewangan rakyat,” katanya ketika Program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) di PPR Kota Damansara, di sini hari ini.

Ramanan berkata, selaras dengan pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, kerajaan telah memperuntukkan RM421 bilion bertujuan untuk merangsang ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat dan menghapuskan kemiskinan.

“Inisiatif baharu dalam belanjawan ini memberi sinar harapan kepada rakyat dan pelabur yang mana Malaysia kini berada di landasan yang betul ke arah kemajuan ekonomi yang lebih mampan.

“Dengan pelbagai usaha seperti JMKU dan inisiatif yang dirancang, kerajaan optimis dapat mencapai visi ‘The Asian Economy Power House’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya