Johor sasar RM180 juta dalam sektor pelancongan kesihatan - Utusan Malaysia

Johor sasar RM180 juta dalam sektor pelancongan kesihatan

LING TIAN SOON berbual dengan beberapa petugas Regency Medical Care Centre di pusat beli-belah Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor menyasarkan sektor pelancongan kesihatan menyumbang pendapatan sehingga RM180 juta pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, warga Singapura dan Indonesia merupakan antara penyumbang utama dalam sektor berkenaan.

“Tahun lalu, kita berjaya merekodkan pendapatan sebanyak RM143 juta dalam sektor pelancongan kesihatan di Johor, manakala RM2 bilion bagi seluruh negara.

“Tahun ini kita sasarkan peningkatan antara RM170 hingga RM180 juta. Kita yakin perkara ini akan dapat dicapai menerusi kerjasama erat antara agensi kerajaan negeri dan sektor perubahan swasta di seluruh negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Regency Medical Care Centre di pusat beli-belah Mid Valley Southkey, di sini hari ini.

Tian Soon berkata, kerajaan negeri komited meningkatkan lagi kemasukan pelancong menerusi sektor pelancongan kesihatan dengan menyediakan pelbagai tarikan menarik, khususnya menjelang sambutan Tahun Melawat Johor 2026.

“Kita tidak hanya fokus kepada warga Singapura atau Indonesia semata-mata, malah kita terbuka untuk menerima pesakit dari pelbagai negara antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji Hospital Pakar Regency yang membuka pusat penjagaan kesihatan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di negeri ini dalam usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik.

“Ini merupakan satu inisiatif yang baik, iaitu menggabungkan perkhidmatan kesihatan dengan pusat beli-belah, sekali gus memudahkan pesakit mendapat rawatan dan nasihat kesihatan dalam keadaan santai.

“Ini bukan sahaja merupakan yang pertama di Johor, malah yang pertama dalam Malaysia, tahniah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya