Johor rekod pelaburan komited RM12.94 bilion - Utusan Malaysia

Johor rekod pelaburan komited RM12.94 bilion

LEE TING HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor  mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM12.94 bilion sehingga suku kedua tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, 396 projek telah diluluskan, sekali gus dapat mewujudkan sebanyak 8,948 peluang pekerjaan.

Katanya, jumlah itu merangkumi pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM7.972 bilion, manakala pelaburan domestik (DDI) sebanyak RM4.964 bilion.

“FDI dan DDI bagi sektor perkilangan telah menyumbang sebanyak RM6.027 bilion atau 46.6 peratus, manakala sektor perkhidmatan pula mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM6.909 bilion.

“Bagi meningkatkan lagi jumlah pelaburan di negeri ini,  sekali gus menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan unggul di rantau ini, beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan,” katanya menjawab soalan Anuar Abd. Manap (BN-Pemanis) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Ting Han berkata, antara inisiatif diambil termasuk menubuhkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepat proses kelulusan selain penubuhan Inisiatif Johor Fast Lane (JFL).

Selain itu katanya, pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) akan menjadikan Johor sebagai pusat perdagangan dan pelaburan utama di rantau ini.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, malah turut membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat Johor, terutamanya dalam sektor perkhidmatan profesional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya