Johor kembali cuti Sabtu, Ahad

Johor kembali cuti Sabtu, Ahad

TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cuti hujung minggu di negeri ini ditukar semula ke hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, perkara itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Selepas mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar ke hari Sabtu dan Ahad.

“Saya juga menitahkan agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman sosial Facebook rasmi baginda, semalam.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah supaya semua syarikat swasta, kerajaan serta pihak yang berkaitan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya.

Pada 2014, cuti hujung minggu Johor telah ditukar ke hari Jumaat dan Sabtu seperti titah Sultan Ibrahim.

Negeri yang me­laksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu ketika ini adalah Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya