Jiran Iran janji sekat serangan balas Israel

Jiran Iran janji sekat serangan balas Israel

ABBAS ARAGHCHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUWAIT CITY: Negara jiran Iran berjanji untuk tidak membenarkan tanah atau ruang udara mereka digunakan bagi sebarang serangan, ketika Israel merancang membalas dendam terhadap serangan peluru berpandu Teheran awal bulan ini.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Teheran diberikan jaminan daripada negara-negara jiran untuk memastikan tiada serangan melalui tanah atau ruang udara mereka.

“Kami memantau rapat pergerakan pangkalan Amerika di rantau ini dan menyedari semua pergerakan dan penerbangan mereka.

“Jika Israel menyerang Iran dalam apa juga bentuk, Iran akan memberikan respons dalam format yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Kuwait hari ini, beberapa minggu selepas serangan 180 peluru berpandu Iran ke Israel pada 1 Oktober lalu.

Sebelum ke Kuwait, Araghchi berada di Bahrain sebagai sebahagian daripada lawatan serantau, yang turut melibatkan Arab Saudi, Qatar, Oman, Iraq, Mesir dan Turkiye.

Amerika Syarikat (AS), sekutu kuat Israel, memiliki sumber ketenteraan di seluruh rantau ini, termasuk di Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada masa sama, Araghchi turut mengulangi amaran Iran kepada Israel supaya tidak menyerang tapak nuklearnya.

“Menyerang tapak nuklear adalah jenayah antarabangsa, bahkan mengancam untuk menyerang tapak nuklear merupakan jenayah dan bertentangan dengan hak antarabangsa.

“Untuk mempertahankan diri dan tapak nuklear kami, kami mempunyai alat serta kaedah sendiri dan kami bergantung dengannya,” kata Araghchi.– AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya