JIM Kelantan tahan 36 PATI memandu dan tunggang motosikal tanpa lesen

JIM Kelantan tahan 36 PATI memandu dan tunggang motosikal tanpa lesen

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan menerusi Ops Bersepadu JIM Kelantan bersama Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dan penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh (MDK) di Kota Bharu, Kelantan semalam-IHSAN JIM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 36 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas didapati memiliki kenderaan selain memandu dan menunggang motosikal tanpa lesen di beberapa buah lokasi di Ketereh dekat sini kelmarin.

Kesemua PATI itu ditahan menerusi Ops Bersepadu yang melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dan penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh (MDK) bermula pukul 6 petang.

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat risikan pihaknya bersama anggota penguat kuasa lain telah membuat pemeriksaan di beberapa kawasan seperti Kampung Chenderong Beta, Kampung Kubang Tin, Kedai Mulong dan beberapa buah rumah di sekitar Melor.

“Hasilnya, kita berjaya memberkas PATI yang terdiri daripada seramai 19 lelaki warga Myanmar, wanita Myanmar (7), lelaki Bangladesh (6), lelaki Kemboja (3) dan seorang lelaki warganegara Indonesia.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati, kebanyakan warga asing itu memiliki kenderaan selain memandu dan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, pada masa sama JPJ turut menyita kenderaan yang dimiliki dan digunakan oleh PATI semasa serbuan dilakukan.

Katanya, kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) akta sama dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya