Jet pejuang Russia hampiri pesawat AS berhampiran Alaska

Jet pejuang Russia hampiri pesawat AS berhampiran Alaska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANCHORAGE: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan rakaman video baharu memaparkan pertembungan mencemaskan antara jet pejuang Russia yang terbang berhampiran Alaska dengan pesawat F-16 Tentera Udara negara tersebut.

Dalam video yang dikeluarkan pada Isnin, pesawat Russia itu dilihat datang dari belakang dan terbang rapat bersama dengan pesawat AS, hanya beberapa meter dari jaraknya.

Rakaman kejadian pada 23 September itu melibatkan juruterbang AS yang berada di bawah arahan Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) dan dibuat selepas beberapa siri pencerobohan oleh Russia ke dalam Zon Pengenalpastian Pertahanan Udara Alaska, yang terletak di luar ruang udara berdaulat AS.

Insiden itu mengundang kecaman daripada pegawai tertinggi NORAD dan seorang senator AS dari Alaska.

“Tindakan yang dilakukan oleh sebuah pesawat Su-35 Rusia adalah tidak selamat, tidak profesional, dan membahayakan semua pihak dan bukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh angkatan udara profesional,” kata Jeneral Gregory Guillot, komander NORAD dan Komando Utara AS.

Tambahnya, susulan dari kejadian itu, pesawat NORAD telah melaksanakan rutin pencegahan yang ‘selamat dan berdisiplin’ untuk memintas pesawat Rusia tersebut.

Lintasan rapat pesawat Rusia itu berlaku hanya beberapa minggu selepas lapan pesawat tentera Russia dan empat kapal tentera lautnya, termasuk dua kapal selam, menghampiri Alaska ketika Russia dan China mengadakan latihan bersama.

Tiada pesawat yang menceroboh ruang udara AS, namun, kira-kira 130 tentera AS dihantar bersama pelancar roket mudah alih ke Pulau Shemya, kira-kira 1,931 kilometer di barat daya Anchorage.

Mereka ditempatkan di pulau Aleutian selama seminggu sebelum kembali ke pangkalan masing-masing.

Pada tahun 2022, sebuah kapal Pengawal Pantai AS di utara Pulau Kiska di Laut Bering telah terserempak dengan tiga kapal tentera laut China dan empat kapal tentera laut Russia yang belayar dalam satu barisan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya