Jentera pengorek dibakar di Kampung Gelugor dipercayai perbuatan khianat - Utusan Malaysia

Jentera pengorek dibakar di Kampung Gelugor dipercayai perbuatan khianat

SEBUAH jentera pengorek musnah terbakar dipercayai kerana perbuatan khianat di Kampung Gelugor di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah jentera pengorek dibakar dipercayai kerana perbuatan khianat di Kampung Gelogor di sini, Sabtu lalu.

Pemilik jentera, Koh Mah Seng, 43, berkata, dia menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.30 malam.

“Sebelum ini, memang ada berlaku salah faham antara saya dengan seorang individu tentang kawasan pengeluaran hasil kelapa sawit di Mukim Hulu Lepar di sini.

“Akibat salah faham itu, individu berkenaan juga beberapa kali membuat ugutan jenayah dan mengancam keselamatan jika tidak mengikuti arahannya,” katanya di sini.

Mah Seng berkata, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Gambang, Ahad lalu supaya siasatan dibuat dan individu terbabit dikenakan tindakan.

“Sebelum ini pun laporan polis ada dibuat terhadap individu sama juga di Balai Polis Gambang berhubung ugutan jenayah yang diterima rakan saya,” katanya.

Beliau berharap pihak polis segera bertindak dan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan kerana membuat ugutan jenayah dan membakar jentera pengorek miliknya.

“Saya harap pihak polis tidak biar isu ini senyap begitu saja. Ia membabitkan soal keselamatan saya dan individu terbabit perlu dikenakan tindakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN