Jenazah lelaki maut dibaham harimau selamat dikebumikan

Jenazah lelaki maut dibaham harimau selamat dikebumikan

SEBAHAGIAN ahli keluarga melakukan solat jenazah sebaik jenazah Adnan Ismail tiba di rumahnya di Kampung Ngangoh, Kuala Krai, Kelantan tengah malam tadi.-IHSAN KELUARGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Jenazah seorang lelaki yang maut diserang harimau di Gerik, Perak kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Adnan Ismail, 54, dari Unit Forensik Hospital Taiping, Perak tiba di rumah keluarga di Kampung Ngangoh di sini pada pukul 11.55 malam.

Sebelum itu, jenazah Adnan dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai di Unit Forensik Hospital Taiping, Perak, sebelum dibawa pulang ke Kuala Krai.

Anak mangsa, Nurul Nazirah Adnan, 29, berkata, lebih 200 ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan turut mengiringi arwah bapanya ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di rumah.

“Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengurus jenazah bapa sehingga selesai urusan pengebumian.

“Segala urusan berjalan dengan lancar bermula dari rumah hingga ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Online sebelum itu melaporkan, seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini.

Mayat lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri warga Thailand.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian serangan harimau itu dipercayai berlaku antara pukul 5 ke 6 pagi tadi ketika mangsa sedang pergi ke tandas.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN