Jenazah Ku Aizad selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah Ku Aizad selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, yang maut dirempuh berhampiran universiti itu semalam selamat dikebumi pada pukul 6.30 petang di Tanah Perkuburan Radhatul Aliyah Saujana Utama, di sini hari ini.

Bapa Allahyarham, Ku Azmi Saad,47, berkata, dia dan isteri, Hafizah Iszahanid,48, terkejut mendapat khabar duka setibanya di Jeddah memaklumkan anak mereka terlibat dalam kemalangan maut.

“Buka sahaja Whatsapp, saya terkejut apabila menerima berita bertalu-talu di telefon bimbit mengenai anak saya.

“Agensi yang menguruskan perjalanan kami ke Mekah telah membantu mendapatkan tiket pulang ke Kuala Lumpur dan kami telah berlepas dari sana pada pukul 1.55 pagi waktu Jeddah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Ku Azmi, dia yang tiba bersama isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.33 petang tadi menyifatkan keperibadian arwah suka membantu rakan-rakan dan ringan tulang membuatkan dia sentiasa diingati.

Ketika nahas menimpa anak mereka, Ku Azmi dan Hafizah dalam penerbangan ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

Terdahulu, kira-kira 1,000 kenalan dan penduduk setempat menyempurnakan solat jenazah di Masjid An-Nur, Bandar Saujana Utama, di sini.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah ibu bapanya di Seri Pristana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya