Jejantas Melaka Sentral berkonsepkan Pintasan Saloma

Jejantas Melaka Sentral berkonsepkan Pintasan Saloma siap Disember

UNIT Elektrik Majlis Perbandaran Manjung, Perak diberikan taklimat ketika melakukan lawatan penanda aras di jejantas Melaka Sentral, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pengubahsuaian struktur dan menaik taraf keceriaan jejantas Melaka Sentral dijangka siap Disember ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Shadan Othman berkata, jejantas tersebut akan berwajah baharu dengan mengambil konsep Pintasan Saloma di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kata beliau, jejantas itu merupakan satu lagi produk pelancongan baharu Melaka sempena Hari Pelancongan Sedunia yang berlangsung pada tahun depan.

“Tarikan baharu di hadapan Terminal Melaka Sentral itu bakal menggabungkan laluan untuk pejalan kaki dan pengayuh basikal sekali gus menjadi satu lagi mercu ikonik untuk Melaka. Jejantas ini berkonsepkan sama seperti Saloma Bridge.

“Ia juga merupakan satu daripada produk pada 2025 untuk World Tourism Day. Kita akan menambah baik dan menceriakan lokasi sekitar dengan pencahayaan,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan jejantas Melaka Sentral bakal diberi nafas baharu dengan mengambil konsep sebuah jambatan terkenal di Kuala Lumpur dengan rekaan jejantas itu berkonsepkan warisan seni bina Istana Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya