JBPM Johor guna AI percepat proses pelan bangunan - Utusan Malaysia

JBPM Johor guna AI percepat proses pelan bangunan

SITI ROHANI Nadir beramah mesra dengan sebahagian penerima geran Bomba Sukarela di Dewan Bakawali, Ibu pejabat JBPM Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memproses pelan bangunan.

Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, pihaknya adalah perintis bagi usaha itu dan kerjasama tersebut bagi mempercepatkan proses mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Ketika ini kita sedang memasukkan data-data yang diperlukan ke dalam teknologi tersebut. Apabila berhasil kelak, kita jangka teknologi tersebut dapat digunakan untuk mempercepatkan proses mendapatkan CCC pihak bomba yang ketika ini memerlukan tempoh 14 hari untuk dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Geran Bantuan Tahunan dan Libat Urus Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Johor 2024 di Ibu Pejabat JBPM negeri, di sini hari ini.

Siti Rohani berkata, sekiranya kerjasama itu berhasil, ia bukan sahaja akan memendekkan tempoh pemprosesan pelan, malah mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.

“Bagi pelan bangunan yang mudah dan ringkas, tempoh diperlukan mungkin sehari sahaja, ini membolehkan JBPM Johor memberi lebih tumpuan keanggotaan terhadap keperluan perkhidmatan lain.

“Sebelum ini MPC telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) bagi pelaksanaan sistem ‘Kulai Fast Lane’, kini mereka bekerjasama dengan kita untuk tujuan ini,” jelasnya.

Menurutnya, perkara itu akan membantu jabatan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan pantas, seiring dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini.

“Usaha ini sesuai dilaksanakan kerana banyak bangunan baharu yang sedang dibina di Johor. Jadi, penggunaan teknologi terkini seperti AI adalah penting dalam mempercepatkan proses sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya