Jawapan PM bertepatan dengan fiqh - Mohd. Na’im

Jawapan PM bertepatan dengan fiqh – Mohd. Na’im

MOHD NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih mengutamakan keamanan dan keselamatan berbanding kepentingan pelaksanaan hukum hudud, bertepatan dengan fiqh realiti dan fiqh keutamaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri ketika diwawancara oleh wartawan antarabangsa Mehdi Hasan.

Katanya, dalam wawancara itu, Perdana Menteri menyebut mengenai kepentingan mengukuhkan perpaduan dan toleransi dalam memajmukan masyarakat selain memastikan tadbir urus baik dalam pentadbiran.

“Selain itu, apabila diwawancara tentang undang-undang hudud di Malaysia, Perdana Menteri telah memberi maklum balas bahawa ia memerlukan konsensus (persetujuan bersama).

Walaubagaimanapun, keutamaan sekarang adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan masyarakat.

“Kenyataan Perdana Menteri dalam isu tersebut adalah tepat dan berasas dengan mengambil kira Fiqh Al-Waqi’ (fiqh realiti) serta Fiqh Al-Awlawiyyat (keutamaan),” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini mengambil beberapa langkah memperkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah secara komprehensif.

Katanya, ia meliputi aspek penggubalan, penyemakan dan pindaan undang-undang syariah, penstrukturan Mahkamah Syariah, penyediaan latihan komprehensif bagi meningkatkan kompetensi Hakim dan pegawai di Mahkamah Syariah.

“Hal ehwal berkaitan pendakwaan syariah, penguatkuasaan syariah serta guaman syarie perlu turut diperkukuh terlebih dahulu untuk memperkasa sistem kehakiman syariah.

“Kerajaan Madani melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa mendokong agenda pengukuhan institusi perundangan dan kehakiman syariah.

“Kesemua usaha yang akan dilaksanakan itu bakal melalui proses yang sewajarnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya