Jana pendapatan kumpul minyak masak terpakai

Jana pendapatan kumpul minyak masak terpakai

MOHD. Hazim Mohd. Mustazar menguruskan pemunggahan minyak masak terpakai di kilangnya di Kawasan Perindustrian Taman Tasik Jaya, di Seremban. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Melihat ada pihak yang mengumpul minyak masak terpakai dari kedai serta restoran untuk dijadikan hasil pendapatan, seorang graduan tekad berkecimpung dalam perniagaan sama.

Pemilik syarikat, Infinite Refining Resources, Mohd. Hazim Mohd. Mustazar 33, mengakui minyak masak terpakai sebenarnya mempunyai nilai tersendiri dan boleh dikitar semula untuk dijadikan biodiesel sebagai pengganti bahan api fosil yang lebih mesra alam.

Beroperasi di Kawasan Perindustrian Taman Tasik Jaya di sini, beliau memberitahu, sejak menjalankan perniagaan itu pada 2019, kesedaran orang ramai tentang minyak masak terpakai semakin meningkat dan bertambah.

“Mereka menjual kepada kami dan lazimnya kami memperoleh (minyak masak terpakai) daripada peniaga kedai makan, restoran, gerai makan, penduduk kampung dan taman perumahan di samping program-program kitar semula yang dianjurkan.

“Sejak mengusahakan perniagaan ini, dapatlah saya membantu peniaga dan komuniti setempat menambah duit saku dengan menjual minyak masak terpakai masing-masing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Mohd. Hazim berkata, dari segi proses pengumpulan, pihaknya akan mengumpul dahulu minyak masak terpakai yang dibeli dan disimpan di kilang.

“Dalam sebulan, kami mampu kumpul 30 ke 40 tan maksimum dan kemudian menghantar kepada orang tengah iaitu peraih yang akan eksport ke luar negara.

“Pendapatan yang diterima kami boleh mencapai anggaran sehingga RM30,000 dan bolehlah menampung kos-kos berkaitan,” katanya.

Menurutnya, setiap pembelian minyak masak terpakai yang dikenakan mengikut harga pasaran dan kebiasaannya RM2 hingga RM3 per kilogram dan mengikut kuantiti.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, pihaknya turut aktif memberi kesedaran mengenai inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai.

“Sejak Januari hingga September lalu, kutipan minyak masak terpakai berdasarkan data diperoleh adalah mencecah 13,819 kilogram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya