Isu peniaga Cameron Highlands: Sultan Pahang titah tiada campur tangan ketiga - Utusan Malaysia

Isu peniaga Cameron Highlands: Sultan Pahang titah tiada campur tangan ketiga

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar tiada campur tangan pihak ketiga berkaitan isu 32 orang peniaga di Cameron Highlands, dekat sini yang mendakwa terbeban ekoran kenaikan kadar sewa medan selera di situ.

Titah baginda, ia bagi memastikan masalah peniaga terbabit dapat diselesaikan dengan baik kerana campur tangan pihak ketiga hanya mengeruhkan lagi keadaan.

Al-Sultan Abdullah bertitah, isu terbabit dalam perhatian baginda dan sudah pun mendapatkan laporan daripada Menteri Besar serta kerajaan berkenaan permasalahan tersebut.

Baginda berpuas hati dengan laporan yang sudah dipersembahkan dan meminta semua pihak akur dengan keputusan kerajaan negeri.

Terdahulu, tular di media sosial kisah 35 peniaga yang didakwa ditindas kerana sewa kedai di medan selera itu dinaikkan daripada RM500 kepada RM5,000 sebulan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata, pihak polis sudah membuka tiga kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

Polis Pahang turut menjalankan siasatan terhadap Mohd. Sophian Mohd. Zain yang terkenal dengan panggilan Ustaz Sophian berikutan dakwaannya yang menyatakan bahawa peniaga di Medan Agro Kea Farm, Cameron Highlands terancam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN