Isu 'counter setting' antara fokus Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

Isu ‘counter setting’ antara fokus Dewan Rakyat hari ini

AZAM Baki menunjukkan barangan yang dirampas daripada sindiket ‘counter setting’ pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, Rabu lallu. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi ‘counter setting’ yang didalangi penguatkuasa merupakan antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara tersebut terkandung dalam sesi pertanyaan bagi Jawab jawab lisan yang akan diajukan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) kepada Menteri Dalam Negeri.

Pertanyaan tersebut kerana rasa bimbang apabila sindeket tersebut turut didalangi penguatkuasa agensi yang bertugas di pintu masuk udara negara sehingga bolosnya sempadan negara.

Dalam sesi sama, Hassan Saad (PN-Baling) meminta Menteri Pendidikan untuk menyatakan usaha kementerian dalam memastikan pelajar yang tidak hadir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenal pasti puncanya dan usaha memastikan golongan tersebut tidak tercicir dari sistem pendidikan.

Chong Zhemin (PH-Kampar) pula meminta Menteri Kewangan untuk menyatakan faktor-faktor nilai Ringgit melonjak naik ke paras RM4.15 bagi satu Dolar Amerika Syarikat.

Persidangan Parlimen kemudian disusuli Menteri Dalam Negeri menyambung semula pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 dan seterusnya Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air membentangkan RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali yang kedua.

Perdana Menteri pula dijangka membentangkan tiga RUU iaitu RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia, masing-masing membentangkan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024 serta RUU Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya