RAMALLAH: Israel terus meningkatkan serangan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat, ketika rejim menggiatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Dalam tempoh setahun lalu, sekurang-kurangnya 1,423 insiden keganasan peneroka Israel direkodkan di Tebing Barat, dengan purata empat kes sehari, menurut data Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Dengan 321 insiden, Ramallah dan kawasan el-Bireh mencatatkan bilangan serangan peneroka tertinggi, diikuti 319 insiden di Nablus dan 298 lagi di Hebron. Bilangan serangan peneroka tertinggi pada tahun lalu, berlaku pada Oktober 2023 dengan 233 insiden yang mengakibatkan kematian atau kerosakan harta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya