Israel lancar serangan di selatan Beirut - Utusan Malaysia

Israel lancar serangan di selatan Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Agensi berita Lubnan melaporkan Israel melancarkan serangan di selatan Beirut pada awal pagi Ahad, selepas mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Menurut laporan Agensi Berita Nasional, Israel telah ‘menyasarkan kawasan pinggir selatan Beirut’ dalam serangan tersebut.

Sebelum itu, tentera Israel menggesa penduduk di dua kawasan pinggir selatan ibu kota Lubnan itu supaya segera berpindah dari kediaman mereka.

“Anda berada berhampiran dengan kemudahan dan kepentingan Hezbollah, IDF akan bertindak dalam masa terdekat,” kata jurucakap Tentera Israel, Avichay Adraee, melalui satu hantaran di platform media sosial X.

Arahan pemindahan itu turut disertakan dengan peta yang menunjukkan bangunan-bangunan yang akan menjadi sasaran serangan di kawasan Burj Al-Barajneh dan Hadath. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya