IPD Gombak tawar diskaun saman 30 peratus - Utusan Malaysia

IPD Gombak tawar diskaun saman 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menawarkan tawaran diskaun saman sehingga 30 peratus sempena Hari Sukan Negara Daerah Gombak esok.

Orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran tersebut di kaunter pembayaran yang dibuka di Stadium Mailis Perbandaran Selayang, Selangor, esok.

IPD Gombak dalam kenyataan berkata, kaunter tersebut dibuka bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Tawaran diskaun ini terbuka kepada semua jenis kesalahan selain beberapa jenis saman disenaraikan.

“Antaranya kesalahan yang tidak termasuk dalam tawaran diskaun adalah saman kemalangan, berstatus Op Selamat, status non compound, bicara mahkamah, berkaitan kenderaan lori, potong secara bahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

“Turut tidak diberikan tawaran diskaun iaitu saman tidak mematuhi isyarat lampu merah, potong di garisan berkembar dan ubah suai ekzos kenderaan,” katanya hari ini.

Justeru, orang ramai terutamanya penduduk daerah Gombak dialu-alukan untuk menghadiri sambutan tersebut bagi menikmati diskaun ditawarkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya