Imigresen serbu ‘rumah merah’ tawar khidmat pelacur serendah RM60 - Utusan Malaysia

Imigresen serbu ‘rumah merah’ tawar khidmat pelacur serendah RM60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bertindak menyerbu sebuah ‘rumah merah’ di Jalan Petaling, di sini, yang menawarkan khidmat pelacur wanita Indonesia dengan bayaran serendah RM60 semalam.

Menerusi serbuan bermula kira-kira pukul 8.30 malam mendapati lokasi itu dipercayai telah dijaga oleh lelaki tempatan yang berada luar premis bagi memantau kehadiran pelanggan mahu pun pihak berkuasa.

Semasa serbuan, terdapat beberapa pelanggan warga tempatan dan asing berada dalam premis berkenaan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 12 wanita Indonesia berusia 21 hingga 38 tahun ditahan.

Katanya, kesemua wanita ini diambil tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Tiga pelanggan warga tempatan telah diberi notis smaan saksi untuk hadir ke pejabat imigresen, manakala dua lagi iaitu warga Nepal dan India diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kita turut menahan empat lelaki tempatan kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini.

Beliau menambah, premis ini dipercayai telah aktif setahun lalu dan pelanggan datang secara ‘walk in’.

Sementara itu, salah seorang wanita Indonesia berusia lingkungan 20-an yang ditahan berkata, dia mengakui telah terlibat dalam aktiviti pelacuran itu.

“Saya baru sampai dari Batam (Indonesia), petang tadi. Pasport ada pada bos. saya tahu akan buat kerja sebagai pelayan seks ini,” jelasnya.

Tinjauan di lokasi mendapati, kawasan berkenaan berbau busuk dan kotor selain terdapat ruang premis telah dibahagikan kepada bilik-bilik kecil yang dimuatkan katil bagi menempatkan setiap wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya