Ibu didakwa tinggalkan 2 anak lelaki dalam rumah tanpa pengawasan - Utusan Malaysia

Ibu didakwa tinggalkan 2 anak lelaki dalam rumah tanpa pengawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini atas pertuduhan mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berumur setahun dengan meninggalkan mereka tanpa pengawasan di rumah, dua minggu lalu.

Wanita berusia 41 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan bayi lelaki 13 bulan di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang pada 7.27 malam, 7 Oktober lalu.

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan polis menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang disyaki dikurung di rumahnya selama dua hari selepas menerima laporan seorang lelaki tempatan. Wanita itu kemudian ditangkap di kawasan Pudu di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan menanggung keluarga.

Hakim Norshila Kamaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November ini untuk fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya