ibu dan bayi terperangkap banjir diselamatkan - Utusan Malaysia

ibu dan bayi terperangkap banjir diselamatkan

SEORANG ibu dan bayinya di Kampung Parit Jepun, Simpang Renggam dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebuah keluarga termasuk ibu yang masih berpantang dan bayinya  di Kampung Parit Jepun, Ulu Benut, Simpang Renggam  dekat sini diselamatkan apabila kediaman mereka dilanda banjir.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, keluarga tersebut dipindahkan oleh pasukan bot dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang  pada pukul 2.45 petang.

“Bantuan tersebut melibatkan sebiah keluarga yang terperangkap dalam rumah melibatkan seorang wanita baru bersalin tiga minggu lalu berusia 22 tahun dan bayinya.

“Turut diselamatkan seorang wanita berusia 59 tahun. Semua mangsa dibawa keluar menggunakan kenderaan kargo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mereka dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Kampung Muhamad Amin, Simpang Renggam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Simpang Renggam selepas hujan lebat hampir empat jam bermula kira-kira pukul 4 pagi tadi. 

Dua PPS itu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Onn Jaafar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tengah Renggam. 

Seramai 68 mangsa daripada  20 keluarga dari Taman Suria dan Taman Rekamas di Simpang Renggam dan 48 daripada 16 keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya