Hutan Sungai Lembing ditebang: Apa jawapan Kerajaan Negeri Pahang?

Hutan Sungai Lembing ditebang: Apa jawapan Kerajaan Negeri Pahang?

KEGIATAN penebangan hutan didakwa giat dilakukan di kawasan Hutan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Timbul persoalan tentang status kegiatan penebangan hutan yang didakwa giat dilakukan di kawasan Hutan Sungai Lembing di sini sama ada diluluskan atau tidak oleh pihak berkuasa di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri berkata, pada 27 September lalu, beliau menerima surat edaran daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) berhubung ke­giatan tersebut.

Jelasnya, surat edaran itu antaranya menyatakan terdapat aktiviti penebangan dan pembersihan hutan yang dikhuatiri dilakukan tanpa kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa berkaitan.

“Seperti yang kita sedia maklum, kegiatan penghapusan hutan ini akan menimbulkan kebimbangan serius kerana ia boleh membawa beberapa kesan buruk, lebih-lebih lagi kita sekarang ini mula menerima jumlah kadar hujan yang semakin meningkat.

“Selain masalah hakisan tanah, kegiatan ini boleh menyebabkan banjir lumpur, kemusnahan habitat haiwan liar dan konflik antara manusia dan haiwan liar.

“Saya sudah menghantar surat permohonan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk menggesa diadakan semakan, tindakan segera dan juga bantahan terhadap kegiatan ini serta semakan status hutan tersebut,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Ayub berkata, salinan surat itu turut dihantar kepada Menteri Besar, Pengarah Tanah dan Galian, Pegawai Daerah Kuantan serta Pengarah Pengairan dan Saliran Pahang.

Tegasnya, beliau dan warga Sungai Lembing tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyelewengan ataupun jika berlaku salah laku dalam tatakelola berkaitan isu penebangan hutan di sini.

“Penghapusan hutan dalam skala besar, tanpa ada sebarang kajian impak kepada alam sekitar dan sosial tidak boleh diterima sama sekali kerana di akhirnya, rakyat yang terpaksa menanggung beban dan akibatnya.

“Dengan ini, saya mengharapkan penjelasan yang jelas dan tuntas berhubung isu ini agar warga Sungai Lembing mendapat maklumat tepat tentang keadaan dan status Hutan Sungai Lembing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya