Hujan lebat hampir semua negeri di utara Semenanjung - Utusan Malaysia

Hujan lebat hampir semua negeri di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir kebanyakan tempat di negeri utara Semenanjung diramal berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 8 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu dijangka berlaku melibatkan Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Keadaan sama turut diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Terengganu (Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) serta Johor (Kluang dan Mersing).

“Seterusnya di Sarawak: Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) serta Sabah: Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya