Hujan lebat diramal di enam negeri sehingga 10 pagi - Utusan Malaysia

Hujan lebat diramal di enam negeri sehingga 10 pagi

SEORANG pekerja mengawal kenderaan yang melalui Jalan Senai-Ulu Tebrau yang dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di enam negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Port Dickson).

“Selain itu di Melaka; Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat) serta Sarawak: Miri (Miri) sehingga 10.00 pagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya