Hujan lebat di tujuh negeri - Utusan Malaysia

Hujan lebat di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 2 petang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu diramal berlaku di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

” Selain itu di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin); Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Seterusnya di Sabah: Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Sandakan) dan Kudat,” menurut hantaran di laman Facebook.

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya