BUENOS AIRES: Sebuah bangunan hotel 10 tingkat runtuh dalam kejadian di bandar pantai Villa Gesell di wilayah Buenos Aires, Argentina awal hari ini.
Pihak perbandaran berkata, tujuh hingga sembilan individu, termasuk pekerja dari tapak pembinaan yang didakwa beroperasi tanpa permit di hotel Dubrovnik, dipercayai berada di dalam bangunan ketika kejadian.
Pihak berkuasa Villa Gesell berkata, pasukan penyelamat giat menjalankan kerja-kerja pengalihan runtuhan untuk membantu mangsa terperangkap.
Katanya, pihak perbandaran sudah lama menghentikan kerja pembinaan di tapak itu sejak Ogos lalu.- REUTERS