Hospital USM Kubang Kerian tukar nama kepada Hospital Pakar USM (HPUSM)

Hospital USM Kubang Kerian tukar nama kepada Hospital Pakar USM (HPUSM)

HOSPITAL Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian, Kelantan ditukar nama kepada Hospital Pakar USM (HPUSM) secara rasminya berkuat kuasa serta-merta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian di sini ditukar nama kepada Hospital Pakar USM (HPUSM) secara rasminya berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Kampus HPUSM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, justifikasi penukaran nama kepada HPUSM adalah penubuhan Hospital Pakar USM sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dengan aspek keutamaan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan perawatan.

“Ia juga dapat membezakan HPU dengan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penukaran nama itu bersesuaian dan selari dengan bidang-bidang kepakaran yang dimiliki oleh pakar perubatan atau pensyarah perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shaiful Bahari memberitahu, cadangan penukaran nama baharu hospital tersebut telah mendapat kelulusan pada 21 Ogos lalu menerusi  Mesyuarat ke-158 Lembaga Gabenor Universiti (LGU).

Katanya, pada masa sama ia dapat meningkatkan imej dan menjadi pilihan utama masyarakat setempat bagi menerima rawatan berdasarkan perawatan kepakaran yang berkaitan.

Ujarnya, HPUSM akan sentiasa ke hadapan dan memberi keutamaan kepada golongan yang memerlukan dalam merealisasikan agenda negara iaitu Malaysia Madani.

“Agenda itu merupakan usaha memastikan rakyat Malaysia sihat sejahtera, memiliki status kesihatan yang baik, produktif dan berdaya tahan.

“Pengurusan HPUSM juga memastikan kelangsungan perkhidmatan perawatan kesihatan, pendidikan termasuk pengajaran dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya