Hezbollah pilih Naim Qassem ganti Hassan Nasrallah

Hezbollah pilih Naim Qassem ganti Hassan Nasrallah

NAIM QASSEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Hezbollah mengumumkan pelantikan Naim Qassem untuk menggantikan Setiausaha Agungnya, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut lebih sebulan lalu.

Dalam satu kenyataan bertulis hari ini, Hezbollah memaklumkan Majlis Syura memilih Naim, 71, mengikut mekanisme ditetapkan untuk pemilihan setiausaha agung.

Beliau dilantik sebagai timbalan ketua Hezbollah pada 1991 oleh Setiausaha Agung ketika itu, Abbas al-Musawi, yang terbunuh oleh serangan helikopter Israel pada tahun berikutnya.

Naim kekal dalam peranannya apabila Nasrallah menjadi pemimpin, dan menjadi salah seorang jurucakap utama Hezbollah, yang mengadakan wawancara dengan media asing, termasuk ketika pertikaian rentas sempadan dengan Israel sepanjang tahun lalu.

Nasrallah dibunuh pada 27 September lalu, manakala tokoh kanan Hezbollah, Hashem Safieddine – dianggap sebagai pengganti – turut terbunuh dalam serangan Israel seminggu kemudian.

Akaun rasmi kerajaan Israel di X mendakwa, pelantikan jawatan Naim berkemungkinan menjadi yang paling pendek dalam sejarah Hezbollah jika beliau mengikut jejak langkah Nasrallah dan Safieddine.

“Tiada penyelesaian di Lubnan kecuali dengan membubarkan kumpulan ini sebagai sebuah pergerakan tentera,” katanya.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya