Hezbollah lancar dron ke pangkalan tentera Israel di Haifa

Hezbollah lancar dron ke pangkalan tentera Israel di Haifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Hezbollah melancarkan serangan dron ke arah sebuah pangkalan tentera berhampiran bandar utara Israel, Haifa, semalam.

Kumpulan disokong Iran itu berkata, serangan udara dengan segerombolan dron sarat bahan letupan menyasarkan pangkalan din selatan Haifa.

Menurutnya, serangan tersebut dilakukan sebagai tindakan balas terhadap perbuatan Israel dan didedikasikan kepada pemimpinnya, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan Israel bulan lepas.

Nasrallah, yang mengetuai Hezbollah selama lebih tiga dekad, merupakan sasaran paling berpengaruh yang dibunuh Israel sepanjang beberapa minggu pertempuran sengit itu.

Kematian Nasrallah menandakan detik penting dalam konflik berterusan antara Hezbollah dan Israel.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya