Hasilkan hiasan kreatif guna tayar

Hasilkan hiasan kreatif guna tayar

RAHMAT Sulaiman menunjukkan hiasan kreatif berbentuk motosikal dan jam menggunakan tayar terpakai yang dihasilkannya di Felda Kepis, Kuala Pilah. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Usia emas tidak menghalang seorang peneroka di Felda Kepis, di sini untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti membuat hiasan menggunakan tayar terpakai malah lebih menarik ia turut menjana pendapatan buat dirinya sekeluarga.

Rahmat Sulaiman, 68, berkata, bakatnya dalam mengubah tayar terpakai menjadi hiasan seperti bangku dan jam hanya dikesan selepas dia bersama penduduk di tanah rancangan itu mahu menyertai pertandi­ngan keceriaan.

“Pada hari raya yang lalu (tahun ini) pihak pengurusan mahu buat pertandingan keceriaan, satu blok ada 24 rumah, jadi masing-masing fikir hiasan untuk blok masing-masing.

“Saya mulanya terfikir mahu buat logo keris dan kemudianhiasan menggunakan barang terbuang dan akhirnya terhasilah motosikal tayar di setiap rumah di blok ini serta blok kami mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Felda Kepis, di sini, semalam.

Ujar Rahmat, sejak itu sudah lebih 50 hiasan berharga RM40 hingga RM80 menggunakan tayar terpakai berjaya dijualnya bergantung dengan permintaan sehingga ada kalanya dia mengupah seorang anak peneroka untuk membantunya.

Menurutnya yang mempunyai empat anak dan tujuh cucu berusia dua hingga 18 tahun itu, ada kalanya isterinya, Saniah Alwi, 63, turut membantu manakala menantu, Fazila Mosten, 34, pula membuat promosi jualan dalam media sosial.

“Alhamdulillah, jadi rezeki buat kami sekeluarga. Harga jualan pula saya letak bergantung kepada barangan yang saya beli dan upah saya sedikit. Ia sekadar suka-suka.

“Bekalan tayar terpakai pula diperoleh dari kedai rakan-rakan di sekitar Batu Kikir, Juasseh dan Jelai dengan harga amat berpatutan,” katanya lagi.

Katanya lagi, bagi hiasan seperti jam dan bangku boleh disiapkannya sebanyak tiga buah dalam sehari namun hiasan motosikal pula agak rumit.

“Kebiasaannya saya akan mula membuat hiasan ini pada waktu petang memandangkan pada waktu pagi, saya masih ke kebun bagi menoreh getah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya